Mensyukuri Nikmat

Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Terutama pemberian pancaindera yang biberikan oleh Allah. Dijadikan pula lima buah pancaindera : 


1. Mata alat penglihatan 
2. Hidung alat penciuman 
3. Telinga alat pendengaran 
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya. 
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya. 


Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai nikmat yang diberi oleh Allah? Ini adalah dengan rasa bersyukur di atas segala yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.



1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan lisan dan perbuatan.


2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut; Allah s.w.t. berfirman,


وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya “ dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur)”. (al-Dhuha:11)


3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan ayat;


اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ


Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit itu.